Followers

Friday, April 2, 2010

Menjadi Isteri~ satu kenikmatan juga kehormatan..


tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung

tapi dekat dihati untuk dilindung

dekat jua dihati untuk dikasihi


bait2 lagu ini mengingatkan aku betapa indahnya kejadian wanita. saat ini aku bersyukur kerana aku wanita. lebih bersyukur lagi aku kini seorg isteri. bahagia.. itu sj yg dapat kukatakn.. cme satu je yang belum lengkap.. hidup sebumbung bersama suami seperti yang sepatutnya seorg isteri berada. disamping suami. ini cme dugaan sementara yang pastinya akan ada noktah bila tiba saat dan ketikanya. sesungguhnya kerana cintalah Allah menguji hamba2-Nya. maka tuntutan sabar sangat penting walaupun kadangkala tersungkur jua aku menghadapinya. namun aku bersyukur, dikurniakan suami yang penyayang dan penyabar. suami yang sentiasa membangkitkan semangat saat diri ini kekalutan..

wahai isteri2 kasihilah suami2 kalian. padanya ada syurga. jalanilah tanggungjawab kalian dengan sebaiknya. berfikirlah yang baik tentang suami kalian. mereka ketua keluarga. berkerja keras mencari rezeki yang barakah untuk isteri dan anak2. fahamilah mereka. berbelas kasihanlah kepada zuriat mereka. ajari anak2 itu akhlak ISLAM yang padanya ada pengisian mengarah kepada kecemerlangan kehidupan yang kekal abadi. satu sabda Rasulullah SAW yang terdapat dalam 1001 wasiat Rasulullah SAW kepada wanita yang bermaksud:
"Sekiranya Allah mengizinkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku akan menyuruh isteri-isteri sujud kepada suami mereka"
sgt besar pengaruh suami dlm kehidupan seorg isteri. wahai isteri2 renungkn kembali apa sebenarnya peranan dan tanggungjwb kalian sebagai isteri. bantulah suami kita mencari kehidupan yang diredhai.

buat suami2, janganlah kalian mengambil tanggungjwb ini sebagai suatu yang mudah. ingatlah suatu saat setiap tanggunganmu akan ditanya. jadilah suami yang sentiasa mengasihi keluarga. tapi bukan dengan kemewahan dan harta dunia. bekalkanlah isteri dan anak2 kalian dengan ilmu seimbang dunia dan akhirat. supaya kalian beruntung, berbahagia di dunia dan akhirat. pernah ditanya kepada Saidina Ali RA antara dunia dan akhirat yang mana satukah menjadi pilihan. maka Saidina Ali menjawab:
"Aku memilih dunia supaya dapat aku beribadah sebagai bekalan untuk akhirat"

semoga hari ini kita sebagai isteri menjadi isteri solehah, iaitu sebaik2 hiasan dunia. dan pada suami jadilah kalian suami yang soleh. maka dengan itu terciptalah ketenangan dan kebahagian. insyaAllah.

Ayuh kita berusaha!!!

0 comments: