Followers

Tuesday, September 29, 2009

maaf a.k.a sorry

0 comments



hurmm... sgt pelik kn tajuk entry nih..

ok lah, knpe org slalu mintak maaf n rs bersalah.. sbbnye.. org tu dh wat salah..
pernah x, org tu pikir sblm dia wat sesuatu kt org lain, org tu pn ade hati n perasaan cam dia gak.
siapa dia dan siapa yg bg hak kt dia utk sakitkan hati org lain.

dlm kes aku nih. aku dh maafkan dia. dh lupe lama tp my b br maafkan. tp aku cme maafkan ape yg pernah dia wat kt aku plg tepat kt hati aku dan aku x pernah dan sesekali tidak akan memaafkan pembohongan atau penipuan yg sama sekali tidak benar ttg diri aku. maksudnye sesuatu yg dia wat belakang aku tnpa pengetahuan aku dan semuanya yg tidak benar tentang aku.

dialah yg plg aku x nk jmpe lg dlm hdp aku nih. lps ni n smpi bila2. sbb aku dh lama bahagia slps kejadian tu. aku x mo igt lgsg. maaf mmg maaf. luka ttp ada klo hilang parutnye ttp ada. jd paham2 la ek. kita wak haluan masing2.

bg yg ade wat slah kt org pikir la baik2. wat salah ngn manusia kne mintak maaf ngn manusia. klo x, kne cr juga kt akhirat mintak maaf. klo x dimaafkan, kita kne bayar ngn pahala n amalan kita yg kita sendiri x tau cukup ke x untuk diri kita sendiri kt akhirat nnt.

fikir2kan... igt hati yg korg sakiti tu milik Allah. jd ambil la ikhtibar atas ape yg berlaku. ikhlaskan diri mohon maaf. korg dh tgk keadaan org yg korang sakiti tu, jd jgn sesekali wat kt org lain plak. takut Allah bayar cash merana korg dibuatnye. Doa org2 yg teraniaya ni makbul. sebab Allah dh janjikan camtu. dan janji Allah adalah janji yang pasti.

P/S: kt dia tu, klo awk baca, sy harap jgn la msg or ym sy lg. awk pn mmg dh lama didelete dr list ym sy. dh lma dlu. sbnrnye sy x sk. jgn bg alasan just sbg kawan sbb awk sendiri yg menidakkan sume tu dlu. awk dh pegi camtu je n sy harap awk terus berlalu selama2nya. u just a stranger to me. u mean nothing. i dont need u n ur friendship too. thanks. bukan aku putuskn begitu tp dia sendiri. dia x jujur. selama2nya dia x jujur di mata aku. aku nk kawan ngn org yg ikhlas je. yg bmuka2 ni aku x mo. bukan ape,x mo dia wat dosa kt aku.




sekarang!!!!!

AKU BAHAGIA DENGAN PASANGANKU. AKU MENCINTAI DIA DAN MENGASIHI DIA SEPERTIMANA DIA MENCINTAI DAN MENGASIHI AKU. SO, PLEASE! BIARKAN AKU BAHAGIA DGNNYA.

Monday, September 28, 2009

menghitung hari....

2 comments


i'm so tired...

puasa 6 cme bbaki 1 hr. insyaAllah lusa dh raya.
hantaran dh letak atas katil... sume org lam umah start bz. smlm ade mesyuarat muslimin. ptg ni mesyuarat muslimat lak.

wedding planner akan dtg set up pelamin, bilik tdo n meja makan hr khamis ni.

khamis ni jgk aku akn ke kedai utk berinai...

photographer pn dh confirm...

waktu akad nikah pn dh tetap.

ramai kwn2 ayah sponsor brg utk majlis ni.. thanks ye sume. hy Allah sj yg dpt mmblsnye...

kt tmn ni sume org dh start bz...

mak andam pn dh stanby... yg best x de pengantin lain hr tu... jd x lama sgt nk make up...

tuan py badan dh kepenatan... hrp dpt rehat puas2 sblm majlis.

aku dh nk kawen???

cam x caye je..



Wednesday, September 23, 2009

sebelum AKAD terpatri

0 comments

x smpi seminggu lg dh aku akan melangkah ke alam baru. alam berumahtangga bersama seorang muslimin yang bernama suami. aku juga akan memegang title baru iaitu wanita juga seorang isteri. beberapa minggu yang lalu, hatiku gelisah dan resah sepanjang masa. perasaan takut menyelubungi diri. aku menangis. tah npe. aku sendiri x pasti.

walhal aku tau yang tunangku sangat2 mengasihi aku. betapa bersyukur aku rasakan menerima kehadirannya dalam hidup ini. dia baik sangat. yang paling penting dia dapat menerima aku apa adanya tanpa meletakkan syarat. sungguh aku tersentuh dengan keikhlasan dan kesungguhannya dalam menjadikan aku permaisuri hatinya. menjadikan aku yang hak dan sah untuk berada di sisinya.

dalam rasa takut tu, mak banyak menasihatkan agar diri ini dekat dengan Allah Taala dan sentiasa tenang. kata mak mmg begini perasaan seorg wanita bila saat2 bersejarah itu semakin hampir. mak jugak cakap ini la wanita, sbb tu pasangan kita lelaki. diorg relax je, malah rs seronok.

seorg teman juga ada beri nasihat. kata2nya wat aku sgt2 gembira dan berbesar hati untuk mengorak langkah ke alam rumahtangga. nasihatnya sgt berguna menenangkan hati malah mengembirakan. katanya,"awk beruntung. Allah pilih awk dalam banyak2 wanita untuk berkahwin dan bergelar isteri. wanita2 yang bergelar isteri Allah mudahkan perjalanannye ke syurga selagi awk menjaga perkara2 yang wajib. seperti hadis ni"

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"jd awk beruntung. wanita2 yang berkahwin Allah janjikan syurga dengan hanya beberapa syarat mudah."

dengan kata2 itu aku terdetik indahnya hidupku sbg wanita. aku ingin menjadi yg solehah yang terbaik buat suamiku. w/p aku tahu bukan mudah untuk menjaga yang wajib itu. kerana aku manusia biasa x pernah sepi melakukan kesalahan dan kesilapan. aku ingin menjadi bidadari seperti sabda Rasulullah SAW.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, Baginda menjawab, Aku berkata, Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

beruntungkan menjadi yang solehah.

bila aku terbaca ayat ini, aku yakin aku telah bersedia.




Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


"Ya Allah, jdkanlah aku taat kepada-Mu, kepada Rasul-Mu, Agama-Mu dan pasangan yang telah Kau tetapkan buatku.Jdkan aku penyeri dan dia pemimpin. Agar akad yang terpatri bahagia bersama redha-mu, ya Allah. Amin"




Monday, September 21, 2009

ketupat...

0 comments
hari sabtu lepas aku bz wat ketupat ngn mak. dua adikku pn turut join nk blajar wat ketupat dan akhirnya diorg give up. aku ngn mak la yg wat. ni la ketupat2 yg dh siap di masak dan sudah sedia untuk dimakan. next year kne wat kasi mak mertua skit.


malam tu aku siapkan telekung wat mak. aku jahit sendiri tau. hadiah untuk mak. mahal kain aku beli. mak wat g semayang raya. sob.. sob.. terharu.

pasal raya esk aku wat entry lain. nk rehat plak.

Thursday, September 17, 2009

hatiku menangis, Ya Allah

2 comments
dear diary...

nape ek manusia x pernah menghargai ape yg org x buat. kebanyakannye mencari kesempurnaan. walhal ape yg dh disumbangkan dh cukup cantik cume ade la kekurangan sedikit. sedihnya hati ini bila kekurangan yg sedikit itu disebut2.

Ya Allah, hatiku benar2 sedih. hatiku menangis ya Allah. Tahan la airmataku yaAllah. Biar hatiku saja yg menangis. Aku tidak sempurna. aku x mampu memberikan kesempurnaan kerana kesempurnaan itu hanya milik-Mu ya Allah.

aku x perlukan sanjungan, bukan wang ringgit cukup sebuah penghargaan dengan ucapan terima kasih.

demi Allah, aku sgt sedih.

Award!!!

0 comments

ekceli.. dh lama dh adik ni kasik award ni. tp disbbkn bz terlebih2 lately wat x sempat nk letak kt blog kesygnku ini. sib baik adik sgt memahami. thanks ye syg.

award dr syikin..

sorry, syikin akak x smpt nk jwb soklan2 tu. ape pn thanks utk award yg cute ni. sk sgt.
selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Salam Aidil Fitri 1430H

0 comments
lamanye x update blog. rindu bangat. disebabkan bz yg melampau terpaksa la biar bersawang blog ni. huhu. ni br free skit nk wat entry br.

x sangka dh nk raya kan? huhu.. thn aku beraya ngn title "tunangan kpd........" hehehe
next year beraya sbg "isteri kepada........"
persiapan raya... thn ni x wat ape pn. jgn kata kuih raya, bju raya pn x wat. sob.. sob.. sbb dh byk blanja utk kenduri takut lak rs nk kuar duit beli bju raya. pakai je la ape yg ade. lg pn ade baju yg jarang pakai. pakai je la kan. yg penting cantik. thn ni x de tema raya cam last year. sbb thn ni teman ikut tema majlis perkahwinanku. ramai yg tanya dh bersedia or belum? of course aku dh bersedia dr segi fizikal n mental juga rohani.
rupanya bukan senang ek nk wat keje2 kawen ni. byk yg nk dipikirkan n nk dibuat. tp Alhamdulillah sumenya dh siap dh diurus. cme tinggal untuk langsung kan saja.

semoga perkahwinanku nnt berjalan lancar dan dirahmati lg diberkati Allah SWT. Amin

Buat bakal suamiku, selamat hari raya aidil fitri. balik nnt drive elok2. klo jd dtg beraya bgtau dlu ek. leh ayg prepare something untuk abg. semoga Allah memberkati niat kita. semoga dipanjangkan jodoh kita di dunia hingga ke akhirat. amin. sampaikan salam ayg wat sume ek.

Buat kawan2... selamat menyambut hari raya aidil fitri. sekiranya ade salah dan silap, ku pohon ampun dan maaf. kepada sesiapa yg aku terlepas pandang, x dpt kad jemputan, kalian dialu2 ke majlis perkahwinanku pd 3hb okt 2009. tempatnye kt umah aku..

Selamat Hari Raya semua



Thursday, September 3, 2009

pencetus selera.. kerabu mangga

0 comments
hr ni aku ditugaskan untuk wat kerabu mangga. idea nk wat kerabu mangga ni datang sbb byk sgt mangga putik yg luruh. tp yg specialnye mangga ni x masam walaupun masih putik. sbb tu la ramai budak2 'kejekan' buah2 mangga bahagian yg rendah2 tu. tp oleh kerana skrg ni bln puasa, jd kurang la aktiviti diorg 'mengerjakan' buah2 mangga ayh aku tu.

kerabu mangga aku senang je. simple2 je janji sedap. hehehe... ni la kerabu mangga air tanganku.. hehehe
P/S: sekali sekala makan masam2 leh la. klo selalu x elok. kang kene gastrik truk lak.

Spageti Ramadhan

0 comments
lama x mamam spageti. teringin bangat. hehehe... ekceli smlm menu utk berbuke ialah mee bandung. huhu... bg yg sedia maklum sy ni bukan penggemar mee. jd ckp la kt mak

sy : Mak, angah nk masak spageti leh x?
mak: Masak la, wat lebih skit kot2 naim nk jugak. Ayah x leh makan kuah kering2 ni.
sy : Okes.

mula la memasak. amik aym, sayur-sayuran, spageti tentunya. masak2 khusyuk bangat. ye la puasa2 ni x leh nk rs. jd main agak2 je. setelah selama hampir 15 minit. inilah hasilnya.... Tarrrraaaaaaaaaaarrrrr


P/S: sedap tau walaupun masak main agak2 je. naim pn sk. siap tlg habis kan lg. hehe. Nnt leh masak untuk abg pulak.