Followers

Wednesday, September 23, 2009

sebelum AKAD terpatri


x smpi seminggu lg dh aku akan melangkah ke alam baru. alam berumahtangga bersama seorang muslimin yang bernama suami. aku juga akan memegang title baru iaitu wanita juga seorang isteri. beberapa minggu yang lalu, hatiku gelisah dan resah sepanjang masa. perasaan takut menyelubungi diri. aku menangis. tah npe. aku sendiri x pasti.

walhal aku tau yang tunangku sangat2 mengasihi aku. betapa bersyukur aku rasakan menerima kehadirannya dalam hidup ini. dia baik sangat. yang paling penting dia dapat menerima aku apa adanya tanpa meletakkan syarat. sungguh aku tersentuh dengan keikhlasan dan kesungguhannya dalam menjadikan aku permaisuri hatinya. menjadikan aku yang hak dan sah untuk berada di sisinya.

dalam rasa takut tu, mak banyak menasihatkan agar diri ini dekat dengan Allah Taala dan sentiasa tenang. kata mak mmg begini perasaan seorg wanita bila saat2 bersejarah itu semakin hampir. mak jugak cakap ini la wanita, sbb tu pasangan kita lelaki. diorg relax je, malah rs seronok.

seorg teman juga ada beri nasihat. kata2nya wat aku sgt2 gembira dan berbesar hati untuk mengorak langkah ke alam rumahtangga. nasihatnya sgt berguna menenangkan hati malah mengembirakan. katanya,"awk beruntung. Allah pilih awk dalam banyak2 wanita untuk berkahwin dan bergelar isteri. wanita2 yang bergelar isteri Allah mudahkan perjalanannye ke syurga selagi awk menjaga perkara2 yang wajib. seperti hadis ni"

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"jd awk beruntung. wanita2 yang berkahwin Allah janjikan syurga dengan hanya beberapa syarat mudah."

dengan kata2 itu aku terdetik indahnya hidupku sbg wanita. aku ingin menjadi yg solehah yang terbaik buat suamiku. w/p aku tahu bukan mudah untuk menjaga yang wajib itu. kerana aku manusia biasa x pernah sepi melakukan kesalahan dan kesilapan. aku ingin menjadi bidadari seperti sabda Rasulullah SAW.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, Baginda menjawab, Aku berkata, Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

beruntungkan menjadi yang solehah.

bila aku terbaca ayat ini, aku yakin aku telah bersedia.




Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


"Ya Allah, jdkanlah aku taat kepada-Mu, kepada Rasul-Mu, Agama-Mu dan pasangan yang telah Kau tetapkan buatku.Jdkan aku penyeri dan dia pemimpin. Agar akad yang terpatri bahagia bersama redha-mu, ya Allah. Amin"




0 comments: