Followers

Sunday, February 28, 2010

Alhamdulillah... Syukur pd Allah

0 comments
hari ini aku terima satu lg berita gembira. aku telah mendapat tarikh temuduga untuk lantikan ke DG41. Alhamdulillah.. sememangnya aku amat mengharapkan temuduga ini seawal mungkin kerana aku ingin bersama suami tersayang.. hidup sebumbung seperti suami isteri yang lain.

lps ni nk kne study tul2.. then lulus interview tu. semoga cepat aku dpat bersama suami tercinta..
syukur ya Allah... aku gembira..


semakan status yang diperolehi petang tadi.. alhamdulillah

Saturday, February 27, 2010

~ C. I. N. T. A ~

0 comments


semua org sukakan CINTA. andai kita tahu yang rasa CINTA itu pinjaman semata. Allah memberi CINTA kerana kasih-Nya pada hamba. CINTA dan KASIH merupakan salah satu sifat Allah. Allah pinjamkan kepada manusia agar manusia bersyukur dan bahagia... tapi kenapa ada yang berduka kerana CINTA?

sebab sebagai manusia kita x kenal ape sebenarnya CINTA. tp yakinlah satu saat dan ketika anda pasti akan merasai kemanisan dan kebahagian dalam CINTA. bla difikirkan duka kerana CINTA terjadi kerana konsep CINTA itu salah matlamatnya.. tersimpang jauh dari asal usul kejadiaannya. kerana kita tidak memberi pada yang HAK. Pastikan matlamat CINTA anda.. lihat bagaimana anda memelihara CINTA anda dan untuk siapa CINTA anda... pasti anda akan merasai nikmatnya CINTA.

bercakap tentang CINTA.. ya, aku pernah bercinta. Tp aku jenis yang setia.. bercintanye lama, tp bukan jodohku dan dia... kemudian bercinta lg, sama juga. CINTAnya beracun hampir saja membunuh kehidupanku... beberapa thn aku ketandusan CINTA kerana padaku ketika itu CINTA padaku hanya lelaki dan wanita... namun KASIH dan CINTA Allah merangkumi segenap sudut alam.. aku merasai CINTA-Nya. jd aku tinggalkan CINTA manusia seketika. ingin mencari ketenangan dan memantapkan semula kerohanianku yang selama ini kelaparan dan dahaga.. tidak kuberi makan dan minum.. kejamnya diriku, bagaimana aku mencintai insan lain sedangkan aku tidak menyayangi diriku.. beberapa tahun itu juga aku berCINTA dengn diriku, dengan agamaku.. kerohanian itu aku jaga dan belai sebaiknya...

Alhamdulillah setelah sekian lama, mungkin Allah menyatakan telah tiba waktunya.. CINTA sesama insan kembali dlm hidupku... tp tidak seperti dlu.. 'dia' melamar aku sebagai 'suri hati'nya. jawapanku juga tidak seperti dlu. lantas jawapan yang diberi hanya memohon padanya agar berdoa. andai ada jodoh antara kita, insyaAllah pasti dipermudahkan-Nya. kerana aku tidak punya jawapan, jika aku katakan ya.. belum tentu kami bersama... jika aku katakan tidak, mungkin sememangnya dia jodohku yang telah tertulis di LUH MAHFUZ. x perlu bercinta, cukuplah aku menyenanginya.. peribadi dan perwatakannya.

Syukur perkenalan dan sekali pertemuan membawa satu nokhtah yang bermakna. Keikhlasannya jelas terpancar yang 'dia' benar2 ingin menjadikan aku 'teman' hidupnya. kedua keluarga bertemu dan kata sepakat diperoleh. ya, 'dia'lah jodohku.. pemilik tulang rusuk ini. inilah CINTA.. keindahan sepanjang perkenalan itu tiada terselit duka dan aku benar2 yakin inilah CINTA yang Allah janjikan buatku.. Terima Kasih, Ya Allah.. aku bersyukur kerna dia pemilik tulang rusuk ini. Aku bahagia..



jd jgn salahkan CINTA bila kita berduka.. salah kita memupuk dan meyemainya. adakala bukan salah kita tp sebelah pihak lg yang tidak tahu langsung apa itu CINTA dan anda seharusnya bersyukur kerana CINTA itu tidak kesampaian kerana andai retak ditengah jalan saat terbinanya perkahwinan pasti anda lebih merana. yakinlah suatu saat bahawa CINTA anda akan hadir dan dipermudahkan.. kerana Allah hanya memberi HAK itu kepada yang berHAK.

sememangnya sunyi tanpa CINTA. namun bersabarlah, giliran anda pastikan tiba. Jangan bersedih kehilangan CINTA kerana Allah tahu CINTA itu bukan terbaik untuk anda. Maha Agung Tuhanku hanya memberikan yang TERBAIK buat hamba2-Nya.

bersabarlah kepada yang masih menanti.. kepada yang kecewa, bangunlah CINTA itu bukan Hak anda.. berdoalah agar CINTA yang berHAK anda miliki datang ketika saat anda bersedia. pasti anda akan bahagia seperti yang dijanjikan Pencipta.

ingatlah pesanku wahai adik, kakak, abang, sahabat dan taulan...

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"



Friday, February 26, 2010

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi SAW.

0 comments


hr ini 26 feb 2010 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431H merupakan hari Keputeraan Junjugan Mulia Rasulullah SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda, keluarga dan para sahabat. semoga kita sentiasa berada dalam naungan syafaat Baginda.

disini sy lampirkan secara ringkas mengenai Sejarah Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun bagi memperingati kelahiran pemimpin agung, Rasulullah SAW.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

credit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Thursday, February 25, 2010

Guru oh guru...

0 comments

patutlah cikgu2 aku dlu x bagi jd cikgu... ms aku sekolah dlu cikgu2 dh rs terbeban dengan macam2 kerja dengan kerenah budak lagi.. kini aku merasakannya.. budak2 sekarang x cam dlu.. sgt kurang ajar dan x tau adab. hr ni ade seorg senior kt sekolah mengamuk sbb ade budak kurang ajar( klo ajar pn yg sorg ni thn ble tah br leh jd org). aku sendiri mngajar budak tu.. tp aku gune pendekatan just ignore him.. wat2 dia x wujud br aku leh senang nk ajr kls tu...

dak2 sekarang mmg teruk.. n ade gak segelintir mak bapak yg sama teruk cam anak2. no wonder ank wat perangai camtu. ade parents dh tau ank sakit hntr gak g sekolah. ble sekolah call suruh amik, siap marah cikgu npe x wak g hospital. igt cikgu ni babu dia ke.. nk jaga ank dia.. ade gak siap call cikgu ty ank dia. pelik tu.. spe jaga budak tu, cikgu ke mak bapak.. pening aku jd cikgu.. so aku py pendekatan senang je.. aku wat kje aku.. luar bidang tugas aku.. nk layan ank2 macik2 n pakcik ni bukan kje aku.. jd aku wat x tau je..

lepas keje jarang aku wat keje kt umah.. slalunye aku wat siap2 pastu tinggal kt sekolah atau pun aku ade free byk esknye br aku wat.. x de maknenye nk wat kt umah kecuali urgent sgt.. aku wak balik gak la n wat kt umah. aku x nk rumitkan hidup yg Allah dh bg ni... Allah x suruh susahkan hidup.. penat je pening pikir pasal budak2 ni..

cme dlm kepala duk pikir camne la diorg2 ni nk jd pemimpin.. haih takut aku... ble ty npe x dtg sekolah byk hr, dgn slamber n x malunye jawab, "MALAS". rs nk lempang je muka tu.. tp biar la aku x rugi pn.. gaji tetap dibayar seperti biasa.. br bulan 2 kehadiran dh merosot..camne la ble dh ujung thn.. hai.. patutla cikgu2 asyik dlam dilema je...

bukan nk mengeluh atau salahkan sesiapa.. tp terpikir kt mane silapnye budak2 jd cam ni especially ank bangsa aku. sedih tul mengenangkn ms depan diorg.. tp ape leh buat.. diorg dh pilih jln tu.. sbg guru aku hnya mmpu wat yg terdaya selebihnya... bak kata nabil "Lu pikir la sendiri".

Nikmat Syukur atas kurniaan...

0 comments
last week, aku bersama dengan suami tercinta.. balik kelantan then ikut hubby g singapore. jauh perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tp aku x rasa penat malah sgt gembira. bila diselidiki rupanya aku gembira sbb abg ade bersama. kemana saja asalkan bersama abg hati jadi riang. celik mata dh leh kiss dahi n pipi abg. kejutkan suami tercinta dr tidurnya. aku terasa bahagia. inilah nikmat berumahtangga. Ada ketenangan seperti yang Allah janjikan. rasa dicintai dan mencintai menjadi satu nikmat dan zat dalam kehidupan kini. ya masih jauh perjalanan dan masih banyak pengharapan.. namun apa yang aku pelajari sepanjang hampir 5 bulan ini.. kita boleh terus menharap, berusaha dan berdoa.. seandainya belum termakbul jangan la bersedih dan berputus asa.. kerana mungkin satu hari Allah akn penuhi pengharapan itu dengan jalan yang tidak disangka2.. bila tiba saat dan ketika dijanjikan Pencipta pasti pengharapan itu bertukar realiti.. yang penting sekarang hanyalah sabar..

nikmatilah apa yang ada sekarang, yang telah Allah adakn sekarang.. esok masih dalam penantian.. jgn terlalu fikirkan takut panjang pula angan2.. pasti akan tergolong antara org terugi di alam ini. Ya, aku pernah mengeluh kecewa.. lumrah manusia, mengharap keinginannya dipenuhi.. tnpa ku sedari aku hampir condong dr landasan.. mujur punya suami yang penyayang.. menegur dan menyedarkan.. mungkin dia bukan ustaz seperti yang diimpi sebelum ini.. namun aku bangga menjadi isterinya, bangga bersuamikan dia. hari esk tetapkan datang walaupun ada saatnye kita tidak menghendaki, hari semalam telah berlalu, akan tetap pergi walaupun kita mahu mengenggam erat agar tetap disisi. yang pergi akan tetap pergi dan yang bakal datang akan tetap datang. kerana Allah telah merencanakan begitu. yang pasti , aku khuwatiri adakah masih bernafas esok hari untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh dan panjang.setiap yg Allah janjikan untuk hamba-Nya semua telah ditulis.. mungkin masanya belum tiba.. tp yg pasti tetap akan tiba kerana Janji Tuhanku Janji yang pasti.

bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta, setiap hari menjadi hari2 yang indah dan ceria. walaupun suami tiada disisi, dia tetap ada berkongsi cerita.. bergurau senda berskype n webcam segala.. ya, diriku kini bahagia.. menjadi isteri.. setiap saat bersama yang terakam akan ku ulang tayang berulang kali. tak jemu kerana padaku teramat berharga.. kerana ms berjumpa tak lama.. setiap saat bagaikan berlian yang yg sgt tinggi nilaiannya...

sebagai guru.. cuti sekolah selalu dinanti.. kerana saat itu dapat berjumpa dengan kekasih hati. perasaan girang bagaikan anak kecil.. tapi itulah hakikatnya.. kerana aku kini bahagia.. Syukur ya Allah.


bahagia bersama.. insyaAllah selama-lamanya

Friday, February 12, 2010

~KOSONG~ ku mencari damai yang hilang...

0 comments

KOSONG.... itulah yang kurasakn sekarang. Arrrgggghhhh!!!! perasaan hmpr 3thn dlu kembali... tp kali ini atas sebab apa? tiba2 aku rs sgt kosong... seolah2 msh mencari2 suatu yang tak pasti... Ya Allah aku takut perasaan itu kembali Ya Allah... kerana perasaan itu buat aku kecewa pada diri.. buat aku tak pasti apa yang aku kehendaki.. pandulah hamba-Mu Ya Allah.. sesungguhnya hatiku menanggung bebanan berat.. andai kuluah pada manusia.. pastinya ada menyalah tafsir bebanan hati ini.. pastinya aku lebih sedih dan kecewa... Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. pimpinlah hamba-Mu ini Ya Allah.. Tunjukkan hamba-Mu jalan yang lurus. Jalan yang menuju pada keredhaan-Mu. Berikanlah Hamba-Mu ketenangan hati dan jiwa.. agar setiap nafas yang terhembus tidak sesekali aku lupa bahawa Engkau sentiasa ada bersamaku melewati hari2 yang hamba-Mu sendiri tidak pasti suka mahu pn duka..

Hamba mohon Ya Rahman gantikan kesedihan itu dengan kegembiraan, gantikan kedukaan itu dengan kebahagiaan, gantikanlah kepayahan itu dengan kemudahan... Hamba pohon ketenangan... terlalu banyak yang terbuku tanpa ku sedar.. Maha Tinggi dan Mulia Wahai Tuhanku... Kau bangkitkan aku dr lena dlm berjaga... agar aku kembali berfikir.. inikah yang aku mahukan.. apakah yang aku tinggalkan dan kenapa aku berhenti mencari.... mencari erti sebuah kehidupan yang aku harapkan menjanjikan kebahagiaan hdp di dunia dan akhirat....

aku ingin menjadi yang terpilih.. menyayangi dan mencintai.. disayangi dan dicintai... namun bukan sekadar lafaz yang aku inginkan.. langkah seiringin mencari kebahagiaan sebenar.. itu yang ku dambakan... Ya Allah, tunjukkan diriku dan suamiku jalan agar mahligai yang dibina mendapat rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah.....

hamba-Mu mencari damai yang semakin pudar.. hamba-Mu takut pada kehilangan damai yang selama ini menjadi teman..