Followers

Monday, August 31, 2009

Pastikan..

0 comments
pastikan semunya jelas n no turning back. huhu.

ya Allah, sesak nafas. serabut rs kepala. Y?????

there's a reason y? my head is spinning like spinning gasing. keep thinking about what? no need to share. i need to take a break.

Enjoy this song... phmkan sendiri...


sukar untuk dimengerti..

0 comments
hdp ni sentiasa memerlukan teman, kawan, shbt, keluarga n sebagainya. tp hakikatnye kwn, teman n etc tu benar2 faham kita ke? pd aku kawan dtg dan pergi cam bermusim lak. ade sesetengah org menjadikan kita cam pelampung. bila perlu dia berpaut ble smpi daratan dibiarkan pelampung tu hanyut sendiri. byk org yg aku jmpe camtu. mudah melupakan. ade jugak istilah lain, x sekepala atau sebulu. tp kita pernah jd kawan kan? ble dlm ramai or ngn kenalan br, aku disisihkan. itu ke yang awk namakn kawan. ble perlu awk baik ngn kita. ble x de kepentingan awk wat dunno je. itu awk pggl kawan?

kita selalu mengiakan n menghadirkan diri bila diperlukan. ade msnye kita korbankan kepentingan semata2 kerana menjaga hati org lain. tp bila saat kita memerlukan kenapa, mereka2 itu x dpt nk hadirkan diri. kenapa byk alasan yg diberi. walhal bukan setiap hari kita meminta.

hidup ni kan kene menerima n memberi. tp kenapa ramai yang sekadar mahu menerima dan tidak mahu memberi. diorg lebih sk yang memberi terus memberi. sedarkah diorg, yg memberi ingin juga menerima. perhatian sahaja bukan apa2. ade jugak kwn br hatinye dijaga, kwn lama dibiar camtu je. ble ade keperluan br nk bersuara. klo x jd la cam sabut kelapa. ble x perlu buang je, ble nk gne cr smpi seantero dunia.

x tau ke diorg, kita ni ade perasaan. npe kita leh luang ms dgr, teman n sebagainya. npe diorg x leh wat camtu utk kita. tp ngn org lain leh pulak. mmg x adil.

benar kata pepatah kawan ketawa mmg ramai, tp bpe byk yg sggp menangis bsama2 kita.

P/S: hati ku sedih. aku bukan peminat siti. tp aku sk lagu ni.


Friday, August 28, 2009

rindu....

0 comments
tah la hr ni, pening kepala n rs x sedap badan. hati rs berat. rs rindu yg amat sgt kt abg. makin hmpr tarikh tu, makin menjadi2 lak hati ni. teringat kt abg. tu la namenye rindu kn. biasa la. abg sibuk keje. jauh, puasa, sahur n berbuka sowg2. sian abg. ya Allah berilah hamba-MU kekuatan dan kesabaran. X mmpu untukku lalui sendirian. i just wanna see him. missed him so much. more than word.



rindu jugak kt blog Kak Wanie. minat sgt bc blog wedding planner aku ni. penulisannya adalah reality. diari hdp dia. gaya penulisannye mnarik kira kene ngn taste aku. cam makanan lak kan. tp itu la yg sebenarnya. setiap entry akan kubaca. lately, she need some rest. so she put her blog as a private blog temporarily. she'll be ok soon. i'll always pray 4 her n really hope she'll be happy n smile again. miss ur blog already!!!



Tuesday, August 25, 2009

Sayu hati seorang tua

0 comments

hr ni kami sekeluarga berbuka kt kg ayh. tinggal tuk je. tok wan x lame x de. usia lewat 90-an membataskan pergerakannya. tp aku tahu dia sgt gembira kami berbuka disana. tuk dh uzur. dh x kuat cam dlu. bjalan pn berpaut pd tongkat. Alhamdulillah Allah panjangkan usia tuk utk menjalani ibadah thn ni. cme bezanya dia x lg ke masjid seperti thn2 lepas kerana pergerakannya terbatas.

apa yg lebih menyentuh hati adalah sewaktu berbuka. tuk menitiskan air mata. sayunye aku rasa. seolah2 merasakan sayunya sekeping hati tua yang sentiasa mengharapkan anak2 menjadi teman tatkala melewati hari2 tua. oleh kerana pendengarannya juga tidak jelas seperti dlu mak dan ayah bercadang nk bawa tuk tinggal bersama kami. aku menjadi perantara membisikkan hajat di telinganya. Ya Allah, sungguh aku tersentuh. Air mata hampir sj menitis tapi kutahan. dibiarkan berlinangan disoket mata. Tuhan saja yg tahu perasaanku ketika itu. Saat itu aku sendiri x dpt nk bayangkan bgmana perasaan seorg tua yg sunyi menantikan kepulangan cahaya2 matanya pulang menjenguk. pelawaan kami ditolak kerana tuk mahu berada di rumahnya. tuk nmpk gembira. terpikir aku sebagai cucu jarang mengunjunginya. ya. Aku rs bersalah sgt. x tahu knpa tp rs bersalah dlm diri. rs simpati dan yg plg sedih sekali aku melihat air matanya membasahi mata. Ya Allah x tahan rsnya.

yang pasti hati seorg tua bahagia berbuka bersama ank dan cucu2nya. betul kata pepatah. ibu seorg boleh membesarkan anak2 yg ramai. tetapi anak2 yg ramai belum tentu dpt menjaga ibu yg seorg.


Ya Allah, hamba-Mu pohon perlindungan dr-Mu ya Allah dr membelakangi kedua org tuaku juga kedua bakal mertuaku. Jdkan hamba-Mu anak yang solehah ya Allah. Amin.

my wedding planner n Jus Tok Guru

0 comments
pg td mak, ayh n aku g Alor Setar untuk jumpe wedding planner aku. nk finalize ape2 yg patut. ekceli aku kenal wedding planner ni dr blog butik dia. terjatuh hati lak tgk hasil kerja tangan akak ni. ape lg. tunjuk kt tunang tercinta. dia pn cakap cantik n dia setuju nk ambil khidmat kakak ni utk majlis kami. akak ni ramah sgt. suke borak ngn dia n senang nk bkerjasama. sgt mesra pelanggan. lps dh settle sume, kami pn mintak diri nk balik.

destinasi seterusnya, jmpe stokis Jus Tok Guru. aku pn x berape tau sgt kt mane? tp ble dh sampai aku sibuk la duk cr barang2 yg disebut dlm radio IKIM. Rsnye lebih baik produk2 ni sbb kandungannya menggunakan bahan2 semulajadi n merupakan 7 makanan terbaik didunia. yg plg bagus sbb ia turut mengandungi doa dan ayat2 Al-Quran. InsyaAllah dengan niat, doa dan tawakal kepada Allah akan baik jugak segala penyakit. yang penting skrg adalah usaha. inila antara produk2 yg dibeli td.

Monday, August 24, 2009

packaging... ~prepare utk kenduri~

0 comments
hari ni familyku bz wat bende2 ni. sume ni bakal diberikan kepada tetamu2 yg hadir pd hari perkahwinanku nnt. mak n ayah pn tlg jugak tau. seharian kami anak beranak duk wat sume ni. ade skit je lg. esk lusa siap la sume. tinggal nk bg kt org je. sume yg dipilih adalah bermotifkan utk mengembirakan hati2 tetamu yang hadir. mak kata biar org seronok dtg majlis kita. yang penting kita ikhlas n keberkatan majlis tu terjamin. betul jugak ape mak cakap. syg mak. kami wat ape yg mampu je. x nk ikut org. sbb ukur baju kne la dibadan sendiri. x nk berlaku pembaziran. sbb perkahwinan ni sbnrnye mengharapkan keberkatan bukan keglamoran yg dikejar segelintir manusia. yang penting majlis berjalan lancar dan kami sbg pengantin bergembira dan berbahagia. kt bawah ni ade bbrp gambar yg smpt disnap ms tgh wat kje siang td.

bunga telur yang nk diletakkan kt atas pelamin


tekun ayah mengikat mini hamper ni. thanks ayh

batuk

0 comments

sejak balik konvo mggu lps, aku asyik batuk je. ble dh puasa ni, siang ok tp bila dh berbuka mula la batuk tu datang. tp semalam mmg teruk sgt. mak kata sebab makan buah mata kuncing kot. tp mmg best la segar dr ladang. x de la ladang. kt sebelah umah je. cme fresh br petik dr pokok. manis jgn cakap la. mmg sgt manis. may b sbb tu batuk2. jd nk kurangkan batuk kne la makan ubat batuk. cepat la baik kan. nk terawih n bc Quran x selesa sbb asyik batuk je.


P/S: Rs nk tdo je ble makan ubat. rugi ramadhanku...

Saturday, August 22, 2009

Tadarus & Khatam Al-Quran

0 comments
bulan puasa ni, ramai la yg mula bertadarus. Mak n ayh pn dh start. diriku juga x ketinggalan. cita-citaku untuk khatam Quran lg sebelum bergelar isteri kepada tunang tercinta. Rsnya ingin dimanfaatkan Ramadhan ini sepenuhnya. walaupun agak sibuk dengan persiapan bagi majlis perkahwinan x lama lg, tp tu jd penghalangkan untuk memperbanyakkan amal dan sedekah. Andai ini Ramadhanku yang terakhir, ku harap ia adalah Ramadhan terbaik sepanjang hidup ini. Andai berkesempatan utk bertemu Ramadhan thn hadapan, ku harap Ramadhan itu lebih baik lg.

teringat kata2 Dr Daniel Zainal Abidin. bertadarus bukan cume bulan puasa je, tp berterusan pd bulan2 lain juga. x mengapa klo x dpt khatam pd bulan puasa, teruskan membaca berkali2. masih ingat sampi sekarang. Quran itu pelita hati. Buku yang paling lengkap sebagai rujukan segala perkara dunia mahupun akhirat.

pengalamanku beberapa kali bertemu jawapan kpd segala kemusykilan ketika membuka dan membaca Al-Quran, membuatkan aku yakin bahawa Allah memberikan jawapannya secara langsung sebelum ada yg boleh membacanya. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui yang sudah dan yang akan datang.

diriku masih belajar menyemai kasihku pd kitabullah. Kerana ku takut diriku tersesat di kemudian hari tanpa petunjuk. semoga Allah membantuku. amin



P/S: Jom baca Quran!

SALAM RAMADHAN

0 comments



rsnye lum terlambat utk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. semoga ramadhan thn ini menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup kalian. perbanyakkanlah amal dan bersedekah. sempena bulan yang mulia ini sy, Fathiah Abu Bakar, ingin memohon ribuan keampunan sekiranya ade mana2 pihak yg terasa hati taau tersinggung dengan penulisan blog ini. sy hanya manusia biasa yang acap kali melakukan kesilapan. isi lah ramadhan ini dengan kebaikan. semoga dipertemukan Lailatul Qadar dan diangkat darjat sebagai hamba2-Nya yang beriman. Amin.

P/S: buat tunang tercinta, yg menjadi pembaca blog ni... thn ni lum dpt puasa bersama. insyaAllah next year byk dpt kita lakukan n raikan bersama. selamat menyambu ramadhan al-mubarak, syg. semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan diberkati. amin

Kenalkan Tunang Aye...

0 comments



Ptg rabu yang lepas bakal suamiku a.k.a tunangku dtg ke jb utk bertemu sedara mara sebelah jb. sebelah mak. Abg sampi lebih kurang kul 5.30 ke 5.40 camtu la. bijak abg cr jalan. Atuk org first yg nmpk keta dia. so, smpi2 slm2 atuk, pak usu dan jemput abg msk. pastu atuk suruh panggil mak ngah n pak ngah. lebih kurang hmpir 30 minit kami mintak diri nk kuar. kuar ats keizinan tau. mak n ayh dh tau n mintak izin atuk lg. nk g jalan2 kt Danga Bay nk amk gmbr. heheh..



tp byk ms abs lam keta sbb dua2 x tau jalan jb ni. jd meronda2 dlm keta. dh malam br jumpe Danga Bay. dh kul 9. pastu lebih kurang 9.30 kitorg balik. ms ondaway balik mak call, ty kt mana. so bgtau la ondaway nk balik. ms tu mak kt kedai makan. along ajk koin sekali. aku pn g la sne ngn tunang aku. smpi sne diorg ajk makan tp aku ngn tunang tersayang order air je. dh kenyang g dating td. hehehe. selesai makan sume bertolak balik.



smpai umah atuk nmpk pak lang. kenalkan kt pak lang. msk umah tgk atuk dh tdo. biasa la bila dh berumurkan. tunggu mak sampi. dlm beberapa minit lps tu abg pn mintak diri. pak lang siap pesan kt tunang aku wak keta elok2 kt area pasir gudang tu sbb selalu jammed teruk. aku lak siap pesan dh smpi call.



lps aku selesai mandi n solat dpt panggilan. tunang ku dh smpi hotel. aik? kejapnye? x kisah la, yg penting abg selamat smpi.




p/S: jumpe lg 3 Oktober nnt ye syg...

Friday, August 21, 2009

Na'im's Graduation

0 comments
sume tau kan aku balik jb sbb adik lelakiku akan bergraduasi. hari selasa tu ms bertolak dh kul 5 ptg. kul bpe la ek nk smpi jb. Kul 1 pg kami smpi sne. dh smpi sne black out lak. panasnye. sib baik kejap je. aku solat2 n salin baju terus tdo. esk pg2 nk kne g UTM lak.

Pg rabu. dh lambat. waktu pendaftran pn dh lepas. sib baik adik aku leh masuk dewan gak. klo x sia2 perjalanan semalam yg sgt memenatkan. encem tau adik aku ni. ms tgk dia amk scroll tu nmpk macho giler. hehehe.. kalah Farid Kamil. ye ke? ni sedikit gmbr yg smpt di snap sebelum kitorg g lunch. sme cam aku grad hr tu, kami lunch kt luar. kt bwh ni gmbr adik aku.. Tahniah!!!


lps mkn g studio amk gmbr. hehehe.. aku siap pakia jubah konvo aku. tp x leh nk upload sbb aku x de gmbr tu. len kali la ek.

next entry dating ngn tunang tercinta kt jb.

Monday, August 17, 2009

Balik JB

0 comments
esk petang aku n family akan balik jb. Sbb adik lelaki yg no. 4 akan konvo rabu nih. tahniah!!! kami akan balik kampung. jmpe atuk n sedara mara utk edar kad kawen aku. lgpn thn ni x balik raya kot. mak kata x sempat sbb kenduri ms tu dh dekat sgt. byk bende nk kne urus. selagi x selesai kenduri, selagi tu la byk hal yg nk kne wat. hehehe.. thanks mak.. td g survey gula2.. survey price n cam2 lg la.

part yg paling best balik jb ni ialah.. jeng! jeng! jeng! aku dpt jmpe tunang tercinta yang kebetulan outstation kt pasir gudang. jd dpt le aku bergambar ngn jubah konvo bersama abg tersayang. nk wak bunga yg abg kasik skali. tunangku juga bakal bertemu atuk n sedara2 yg ade kt jb. hehehe..

oleh kerana badanku yg x bpe nk sihat asyik batuk je n lenguh2 badan, maka namaku digugurkan sbg driver esk. heheh.. aku pakai mask jugak dlm keta nnt. td pn pakai. cb tgk kt bwh ni.


p/s: x sabar nk jmpe abg.

Sunday, August 16, 2009

After konvokesyen..

0 comments
Mak n ayh mmg nk blk cepat sbb nk beli brg skit utk kenduri aku nnt. aku yg dh x bpe sihat ikut je. mak n ayh siap wat tempahan kt restoran Seri indaman (klo x silap) kt teluk tempoyak untuk meraikan aku bergraduasi.. heheh

lps makan gerak. aku pakai mask sbb asyik batuk je. duk lam keta pun pakai mask. aku x nk org lain pnb nnt dpt penyakit sbb aku.

dh macam mask of zorro.. hehe

hr ni demam terus. aku kene rehat. nnt aku akan ke jb utk konvokesyen adik aku lak.

syg sgt bunga ni sbb abg yg bg. syg abg. bunga ni elok lg. x layu skit pn.thanks syg.

Graduation

0 comments
aku x bpe sihat sbnrnye ni. demam. so just nk wat entry ringkas je untuk majlis konvokesyen smlm.



Semlm aku dan rakan telah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) setelah 4 thn berhempas pulas. Sesuatu yang sangat istimewa rsnya. Bersyukur n gembira sgt. Gmbr2 di bwh adalah beberapa keping gmbr yg smpt aku snap sblm balik. sikit je, sbb nk balik awl.kawan2 pn x smpt nk jmpe pastu.

sebelum lapor diri


Sidang 7 bermula

Suasana tapak konvo USM

bergambar di tapak konvo

bersama my beloved mummy n daddy

pintu masuk USM

Dh nk balik

Bunga dr Tunang tersayang

I love roses very much!!!!



p/s: bt kawan2, congratulation guys. sorry x dpt bsame2 korg smlm. Smoga berjaya di dunia n akhirat. Amin.

Saturday, August 15, 2009

~Penat~

0 comments
sbnrnye aku nk wat entry psl hr ni. Aku kan konvo hr ni. tp pnt sgt ni. Borak2 ngn tunang tercinta jap. ni nk tdo dh. bdn pn x bpe sihat. dh mula batuk2 ni. Esk je la ek org citer. bye.

Friday, August 14, 2009

Raptai konvo

0 comments
semalam aku ke USM utk raptai konvo. Aku bertolak lebih kurang kul 4.30 yang bestnye smpi kul 6 kat Aman Damai. Nk tau x sbb pe perjalanan jd lama sbb jammed dlm USM. byk sgt kereta. klo nek moto senang la selit sana sini.

Kt aman aku duk bilik adik ex-room8 aku, Angah. Angah x de kt bilik, mas je ade. Huhu rindoonye lama x jmpe. macam2 la kami borak. borak sampai kul 7 lebey. heheh. ms tu br balik. ckp kt angahangah suruh tggu kitorg untuk dinner sama2. lama x makan sama.

kami masuk dewan kul 8 la lebih kurang. ms lalu kt tapak konvo teringat thn2 lepas, aku pn ade kt sini hmpir 24 jam hr2. thn ni x smpt lak. gambar pn x smpt nk snap. Sbb byk plan lak thn ni. hehehe.

Apepn aku bersyukur dpt jugak aku menamatkan pengajian Sarjana Muda ku. Nk wat sarjana x? Hurm.. kne pikir byk sbb lps ni dh nk bkeluarga. sbg seorg wanita aku punya impian dan matlamat bila bergelar seorg isteri malahan impian itu lebih besar berbanding impianku menggenggam deretan ijazah.

sblm blk aku dinner ngn mas n angah. kami makan2 kt tapak konvo. huhu.. disebabkan tunang tersayang x dpt menghadirkan diri ke majlis konvokesyenku jd dpt bunge je dr dia. thanks syg. pastu balik.

esk pg2 aku akan bertolak ke USM. aku akan berkonvokesyen n menerima pengiktirafan sbg pemegang ijazah sarjana muda pendidikan dengan kepujian. Alhamdulillah. Syukur.

Nantikan NEXT ENTRY.

Saturday, August 8, 2009

HIV test.

0 comments
kerajaan M'sia telah menetapkan peraturan untuk pasangan2 yg hendak berkahwin perlu menjalani Ujian saringan HIV. sebenarnye bagus dan aku sokong 200%. sbbnye ini adalah untuk keselamatan dan masa depan keharmonian sesebuah rumahtangga. jadi, x de pihak yang teraniaya.

Hr khamis yang lepas pg2 lg lps settle keje umah, aku g amik kawan aku, Umie kt umah kakak dia. Baik tau umie ni, sanggup dia kuar pagi2 untuk temankan aku g wat test tu. Lps amk umi, kami terus g hospital baling. smpi2 kt kaunter, org tu cakap, "HIV test wat kat klinik kesihatan". huh buang ms sungguh. x pe g la klinik kesihatan, sib baik umi tau jalan. sampai2 sne keta byk sgt. aku ngn umi masuk n terus ke kaunter pendaftaran. alik2 org tu cakap,"hr ni untuk org nk g haji je dik, HIV test wat hr isnin. Klinik kesihatan kupang hr khamis". adus penatnye rasa. x pe la nnt la wat. pastu drive blk ke pekan sbb nk jmpe org. sementara tggu org tu aku ngn umi borak2 lam keta siap main tenet lg hahaha.

kul 9.30 camtu aku g jmpe sorg kak ni. Dia tlg aku alterkan bju pengantin aku yg beggy tu. alter bg cantik lg ye kak. lama gak kt situ. bincang ape yg nk diubah n cam2. lps tu kami wat facial. heheh. dlm kul 1.30 ptg kami blk. hantar umi blk umah kakak dia.

dlm kul 2 dkt2 kul 3 camtu sembang ngn tunang tersayang. dia suruh aku g wat HIV test tu. pastu aku pn g la klinik kesihatan kupang. kelakar tul aku ni. leh terkejut2 ms kne drip tu. hahaha. takut tgk drh sendiri. siap kne sedut lg. mmg la takut. ade rs sakit skit. mengadu kt abg. heheh.. segera dia call. syg abg. nk tau ape keputusannye.... tgk la sendiri....



dah leh kawen dh...

Siap sedia untuk diedarkan...

0 comments
hari rabu lepas aku g wat ic br sbb ic aku dh problem la. sib baik org x ramai. 5 minit camtu siap. pastu org tu kata, "2 minggu lg dtg amk ye".

ye la nnt 2 mggu sy dtg ek. kad jemputan pn dah siap. mak ai byk giler. x caya? betul! x caya jugak? tgk bwh ni.


kebanyakkannye adalah untuk tetamu ayah n mak. tamu kami adik beradik ade la tp x la sebanyak mak n ayah. kad2 yang dh siap bersarung ni untuk kawan2 aku yang aku nk bagi hr isnin nnt ms g amik jubah konvo kt usm. hope dpt la jmpe sume. sbb aku x leh lama. nk kne amk mak kt sekolah.

Wednesday, August 5, 2009

Umi oh Umi

0 comments
Gambar hiasan ( Umi sarungkan cincin pertunangan)

entry ni adalah sambungan untuk entry lepas. seperti yang dijanjikan aku nk citer pengalaman menarik jumpe bakal mertuaku.

Hr sabtu. aku akan pulang hr ni. Abg la hntr blk. hehehe. syg abg. tp sebelum tu aku jmpe umi abg dlu. beria2 dia nk jmpe aku smpi dia sendiri dtg ngn abg untuk jmpt aku kt hostel puncak perdana. terharu sungguh. umi dh lama nk borak2 ngn aku, abg x bg chance.. haha.. tp ini la msnye. kami x terus balik umah abg tp g breakfast dlu. umi ajak makan kt Nasi Lemak Cinta Sayang. Sedap jugak. aku ni bab makan sume sedap kan?.. hehe.. umi abg ni sgt peramah orgnye. mula2 aku malu2 tp lama2 rs serasi lak. leh je wak bborak ngn umi. eh umi lak. Umi abg bahasakan diri dia kt aku UMI sbb dia kekok nk gne makcik. mula2 makcik last2 susah sgt dia bahasakan diri dia umi. jd aku pn panggil umi la. abg byk diam dlm keta. bg kami chance kot beborak. selesai makan blk umah abg. umi nk tgk brg2 hantaran yang dh dibeli. abg x kuarkan pn dr keta. jd ms tu tgk sme ngn umi n seisi kuarga. Umi sgt amk berat psl bakal menantu dia ni. terharu rs. InsyaAllah sy jd menantu yg baik ek. umi?

lepas tgk brg2 n duk sekejap abg ajk balik. pastu Papa n Umi nk ikut. last2 terpaksa cancel sbb diorg x nk balik awal lgpn letih sbb br blk dr cuti2 malaysia. then abg g mandi n masukkan barang dlm keta. sementara tu borak lg ngn umi n papa. byk le rahsia2 abg dibongkarnye kat aku.. hehe.. lama gak beborak. kul 1.30 camtu aku pn mintak diri sbb abg dh ready nk blk kedah.

Alhamdulillah, aku rs bersyukur sgt sbb bakal mertuaku dpt terima aku seadanya. diorg anggap aku cam ank sendiri. Bahagia aku rs tambahan plak tunang aku mmg caring n loving teramat sgt. thanks syg.

harapan aku semoga ape yg kami rancang berjalan lancar dan mendapat keredhaan yg Esa. Amin

P/S: tu eye lashes original tau. Plesu2 n plastik2 x main ok.

MARATHON SHOPPING HANTARAN

0 comments
Hari jumaat. Hr ke-2 aku kt KL. Tunangku dtg amk kami 2 beradik lebih kurang kul 9. hehe.. dia terlelap. ye la seharian bergerak semalam. sian dia. Destinasi pertama hari itu adalah pejabat agama. Tunangku perlukan tanda tangan pendaftar perkahwinan. Lebih kurang 1/2 jam ke 45 minit camtu selesai. Pastu kami g breakfast kt mane tah tp kt area Shah Alam la. ramai jugak org kt situ. Aku n sis order bihun sup n my syg order mee curry. heheh sedap x syg? Tp mmg sedap makan kt situ.

destinasi seterusnya--> SOGO. kami pilih nk g sogo sbb nk g JLN TAR. msk SOGO n shopping ape2 yg patut. mula2 survey dlu pastu br beli. kami msk tgk perfume dlu. Abg cr CK. round2 then sorg kakak promoter dtg promote perfume CK for couple. then my fiancee said, "Ni la yg abg carik". ok, test bau.. mmg sedap makin lama makin best bau dia. dh puas kt situ kami jalan lg. x beli lg tau perfume tu. Naik tingkat atas. abg beli suar lg. tp bukan untuk hantaran. pastu dia suruh aku pilih kasut. x de yg bekenan di hati.belek2 dh jam 12.45. Abg ckp nk g masjid utk solat jumaat. sementara tu dia suruh aku pilih beg ke kasut klo2 ade yg bkenan. klo x nnt beli kt Mid Valley. ble dh keseorgan aku cr la adik aku then kami turun kt ground floor belek2 beg n kasut yg dioffer. last2 aku terfalling in love on the 1st sight kt satu handbag tu. pastu aku cr kasut lak. jmpe! tunggu abg dtg smula then kami pn beli la kasut n handbag tu. pastu kami g beli perfume td. kami terus g Mid x sempat round JLN TAR.

Almost 3, takut lmbt la smpi Mid. My sis sbnrnye dh janji nk dating ngn bf dia kt ctu. hehe. smpi2 sne 3.30 camtu.. my sis g jmpe bf dia n kami teruskan misi bershopping lg. then cr bju n suar abg untuk hantaran. jumpe! beli! pastu jln2 lg cr kasut , belt n wallet. cari2 dh dekat nk maghrib dh, jmpe kedai wat offer brgn kulit. ade yg berkenan. beli! pastu cr kasut. dh jmpe tp x de saiz. pastu turun g The Garden kt sebelah pn x de. Saleman tu cakap ade lg 2 pair kt Sunway Pyramid. ok2x. sementara tunggu maghrib kmi g mamam kt The Chicken Rice Shop. mak ai kenyang sgt. pastu kami g solat. lps solat jln2 cr jam aku n kasut abg. jmpe kedai jam. yes! jumpe! beli! kasut abg jer lum beli. Tunang aku sk sgt design kasut tu. jd kami amk keputusan untuk ke Sunway Pyramid. Call adik. bertolak.

Smpi kt Sunway kul 9.05 mlm. cr kedai Timberland. jmpe kt tingkat 1. naik ke tingkat 1. msk kedai timberland n jmpe kasut idaman abg. hehe. try2 dlu. then beli ngn conditioner lg. syg tul kt kasut. igt rambut je ke ade conditioner. selesai mision membeli belah untuk hantaran kawen. pastu kami pn gerak balik. penat tau. 12 jam dr 10 pg ke 10 mlm. marathon shopping.

ape pn aku n abg sgt berpuas hati dengan sume brg2 yg dh dibeli. ni la brg2 yg kami beli. x leh tunjuk lg. dh atas dulang nnt br leh tunjuk. hehe.



Esk sabtu. Nk blk kedah. Tp akn jmpe ngn family abg dlu. tunggu NEXT ENTRY. cerita menarik bertemu ngn bakal mertuaku.

Tuesday, August 4, 2009

SHOPPING!!!

0 comments
Ekceli, aku x plan pn nk g KL baru2 ni. Tp tunang aku bgtau dia nk blk amk aku ke KL utk SHOPPING brg2 hantaran. katanye nnt2 x tau ble lg dpt cuti. sbb nnt kawen nk mintak cuti lg kan syg? hehehe.. kebetulan cuti mid term my youngest sis dh nk abs. cuti awl sbb H1N1. jd aku ajk le dia blk ngn aku, so leh le aku tumpang bilik dia. hehe.. Abg dtg hr rabu, pg khamis kami bertolak dlm kul 11 camtu la. sbb cik abg terlelap. sian dia. penat la tu.

perjalanan memakan masa lebih kurang lima jam. 1st destination adalah umah bakal mertuaku.. umah abg la. dia nk letak notebook dia. kebetulan Umi abg ade kt umah jd aku n sis msk la dlu btegur spe ngn bakal mertuaku. duk sne kejap je.. pastu tunang tersayang ajak g shopping. bersemangat sungguh bakal suamiku. dia wak aku n sis g 1utama. kt sne shopping brg2 keje abg je cam suar n kasut. my sis dh penat so dia stay kt MPH bc comic. sblm maghrib bakal abg ipar ku calling2 tunangku.. heheh.. dia bgtau yg diorg 1 family nk dinner ngn aku n sis. huh.. takut masa tu. tp tunang aku ckp relax la. ok relax la ni.

tunggu lebih kurang 1 jam setengah tp diorg x smpi2. jd dinner mlm tu terpaksa dibatalkan. lain kali la ek. sbb hostel my sis x leh blk lewat then 11 mlm. so kami pun gerak la blk hostel sis i. rpenye jln jammed. patut la diorg x smpi2. tunang aku relax je kuar sne msk cni, cb elak jammed. tp mmg pakar la tunangku itu sbb dia berjaya walaupun perjalanan jd jauh skit. smpi kt hostel kul 10. kami singgah makan kt gerai2 depan hostel tu. sedap tau nasi goreng pataya dia, byk n murah lak tu. abg mamam bihun tomyam. then dia tlg aku abskan nasi goreng pataya tu. spe2 yg g uitm puncak perdana tu, try2 la makanan kt ctu. leh tahan!

selesai makan aku n sis msk hostel n abg drive pulang ke umahnyeeee....

hr ni br shopping brg abg....

tunggu next ENTRY, kami marathon shopping 12jam tnpa henti.

Akhirnya..

0 comments


Yabedabedooooooooo!!!!

akhirnya.. berlalu juga sesi interbiu tu. huhu... rs release sgt.

Pepagi lg aku dh bgn. walhal semalam bkn leh tdo pn. hehehe. pukul 5 pg camtu la, aku n mak bertolak ke perlis sbb interbiu aku kt perlis. Felikkan mintak tang len dia bg tang len. ikut je la.
mak yg drive. sampai kt Changlun, aku berenti solat subuh. lebih kurang pukul 7. 05 camtu kami smpi ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

pd jam 8.15 ujian insak dijalankan. masa diberi 30 minit utk menjawab 135 soklan. aku pn cepat2 la jwb kang x sempat lak. Alhamdulillah sempat. tu pun terkejo2..

lps tu ade taklimat n nama2 dipanggil untuk giliran n panel. sekali lagi kejutan.. hahah nama aku first la plak. adus... lg la nervous. Namaku dipanggil.. aku pn msk..

pastu dia mintak la nk tgk dokumen. aku pn bg. nk ic, bg.. heheh.. mula2 dia tanya tergagap2 gak aku tp dh 2 minit kt dalam camtu aku dah relax skit n lebih lancar. lebih kurang 10 minit aku kt dalam, aku dibenarkan kuar. byk la dak2 kt luar ty aku diorg ty ape. aku bgtau la ape yg aku lalui. then tunang i calling2.. hehehe.. pastu kami pn blk. kul 10 aku dh blk tau.. perjalanan je jauh. huhu...

ape pon aku lega sgt sume dh berakhir.

aku happy, dpt ke x tu ketentuaan Allah. Aku hnya mampu mendoakan yang terbaik.

Next entry SHOPPING hantaran kawen!!!!!

Monday, August 3, 2009

Cepat la berlalu Selasa.. Hehe

2 comments
Byk ENTRY yg aku nk wat sbnrnye. Tp x leh nk focus. Aku KIV dlu. Lps settle interbiu esk akan aku wat entry manyak2. hehehe

plg penting entry ketika aku ke KL shopping untuk barang2 hantaran dengan tunang tercinta.

Nantikan...

AKAN DATANG