Followers

Tuesday, August 25, 2009

Sayu hati seorang tua


hr ni kami sekeluarga berbuka kt kg ayh. tinggal tuk je. tok wan x lame x de. usia lewat 90-an membataskan pergerakannya. tp aku tahu dia sgt gembira kami berbuka disana. tuk dh uzur. dh x kuat cam dlu. bjalan pn berpaut pd tongkat. Alhamdulillah Allah panjangkan usia tuk utk menjalani ibadah thn ni. cme bezanya dia x lg ke masjid seperti thn2 lepas kerana pergerakannya terbatas.

apa yg lebih menyentuh hati adalah sewaktu berbuka. tuk menitiskan air mata. sayunye aku rasa. seolah2 merasakan sayunya sekeping hati tua yang sentiasa mengharapkan anak2 menjadi teman tatkala melewati hari2 tua. oleh kerana pendengarannya juga tidak jelas seperti dlu mak dan ayah bercadang nk bawa tuk tinggal bersama kami. aku menjadi perantara membisikkan hajat di telinganya. Ya Allah, sungguh aku tersentuh. Air mata hampir sj menitis tapi kutahan. dibiarkan berlinangan disoket mata. Tuhan saja yg tahu perasaanku ketika itu. Saat itu aku sendiri x dpt nk bayangkan bgmana perasaan seorg tua yg sunyi menantikan kepulangan cahaya2 matanya pulang menjenguk. pelawaan kami ditolak kerana tuk mahu berada di rumahnya. tuk nmpk gembira. terpikir aku sebagai cucu jarang mengunjunginya. ya. Aku rs bersalah sgt. x tahu knpa tp rs bersalah dlm diri. rs simpati dan yg plg sedih sekali aku melihat air matanya membasahi mata. Ya Allah x tahan rsnya.

yang pasti hati seorg tua bahagia berbuka bersama ank dan cucu2nya. betul kata pepatah. ibu seorg boleh membesarkan anak2 yg ramai. tetapi anak2 yg ramai belum tentu dpt menjaga ibu yg seorg.


Ya Allah, hamba-Mu pohon perlindungan dr-Mu ya Allah dr membelakangi kedua org tuaku juga kedua bakal mertuaku. Jdkan hamba-Mu anak yang solehah ya Allah. Amin.

0 comments: