Followers

Saturday, August 22, 2009

Tadarus & Khatam Al-Quran

bulan puasa ni, ramai la yg mula bertadarus. Mak n ayh pn dh start. diriku juga x ketinggalan. cita-citaku untuk khatam Quran lg sebelum bergelar isteri kepada tunang tercinta. Rsnya ingin dimanfaatkan Ramadhan ini sepenuhnya. walaupun agak sibuk dengan persiapan bagi majlis perkahwinan x lama lg, tp tu jd penghalangkan untuk memperbanyakkan amal dan sedekah. Andai ini Ramadhanku yang terakhir, ku harap ia adalah Ramadhan terbaik sepanjang hidup ini. Andai berkesempatan utk bertemu Ramadhan thn hadapan, ku harap Ramadhan itu lebih baik lg.

teringat kata2 Dr Daniel Zainal Abidin. bertadarus bukan cume bulan puasa je, tp berterusan pd bulan2 lain juga. x mengapa klo x dpt khatam pd bulan puasa, teruskan membaca berkali2. masih ingat sampi sekarang. Quran itu pelita hati. Buku yang paling lengkap sebagai rujukan segala perkara dunia mahupun akhirat.

pengalamanku beberapa kali bertemu jawapan kpd segala kemusykilan ketika membuka dan membaca Al-Quran, membuatkan aku yakin bahawa Allah memberikan jawapannya secara langsung sebelum ada yg boleh membacanya. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui yang sudah dan yang akan datang.

diriku masih belajar menyemai kasihku pd kitabullah. Kerana ku takut diriku tersesat di kemudian hari tanpa petunjuk. semoga Allah membantuku. amin



P/S: Jom baca Quran!

0 comments: