Followers

Tuesday, July 28, 2009

Peritnya hulurkan kemaafan

0 comments
Aku rs lebih tenang. byk entry aku wat hr ni. Tp aku x dpt nk lupa ape yg terjadi. Air mata mengalir dan terus mengalir. Aku ingin berikan kemaafan dan melupakan segalanya. Namun, mudah mulut menyatakan maaf sedangkan hatiku belum boleh memaafkan dia. Siapa dia. Biar Allah je yg tau. marah mmg aku marah. tapi perasaan tidak dpt menerima apa yg berlaku lebih besar impaknye pada diri aku bukan rs marah tu. aku bukan menghukum sedangkan aku x layak sama skali menghukum sesiapa. aku cme blum besedia.



Layakkah dia diberi kemaafan. Aku tau Allah sendiri mengampunkan hamba2Nya. Nabi pun ampunkan umatnya. tp aku insan biasa yg x punya kekuatan dan imanku senipis kulit bawang. aku dh cuba tp aku masih menangis mengenangkannya. sungguh aku x dpt terima. aku x suarakan pada mak. tp ternyata seorang ibu arif membaca emosi anaknya. aku x mau dia susah hati. cukuplah apa yg dh dia lalui. Mak berhak mengecapi kebahagiaannye sendiri.

sebagai seorg dewasa, aku cuba mematangkan diri memandang apa yg berlaku dr sudut yang berbeza. ble flash back ape yg berlaku, aku pikir aku msh under control sbb aku x campak bende tu. aku cme hempas je ke meja. klo aku campak, tentu hancur bende tu. sama cam hancur hati aku.



aku belum sedia memberikan kemaafanku. aku perlu ruang untuk bersendiri. ruang untuk aku berfikir dan bertenang. ruang untuk belajar memaafkannya untuk kesalahan yang sama.

END

Monday, July 27, 2009

fakta menarik ~ jom baca~

0 comments
klik pd gmbr utk besarkan

P/S: Jd sebgai hamba kita kene yakin setiap yang dh Allah SWT tentukan tu mesti ade sebab untuk kebaikan umat manusia sejagat. so, jgn nk merungut ok!

JODOH ~ Aku menunggumu..

0 comments
hayati kedua2 puisi ini... x kira anda telah bertemu jodoh, sedang mencari jodoh.. atau sesapa saja.

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat


Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"


semua org inginkan jodoh yang baik, tp yakinlah x de manusia yg sempurna kecuali Allah SWT. jd seandainya telah Allah bukakan jalan, susurilah jalan itu. kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya. Jgn terlalu memilih kerana anda sendiri tidak sempurna. Anda punya kekurangan begitu juga dengan dia. Jd berdoalah dan terus berdoa agar insan yang dinanti muncul membawa sinar bahagia menuju keredhaanNya. Amin


Kakak Mithali.. hehe

0 comments
Hr ni aku bwk 2 org adik aku g SP. Puasa2 pun aku g jugak memenuhi suruhan mak tersayang. luv ya ma.



Ade tiga tujuan utama ke sana sbnrnye
  1. Bayar yuran adik lelaki yang bakal konvo next month ( cam aku la jugak) tp dia konvo dip.
  2. beli baju melayu untuk adik lelaki aku + songkok (sampin dh ade)
  3. tgk draf kad kawen aku..
tp sian la adik aku sorg lg kan.. jd ms aku g tgk draf tu, dia pn g la shopping sorang2. sian dia lepas aku dh siap sume, dh sign draf tu n nk tgk last draf ngn my fiancee hr Rabu ni sebelum dicetak untuk diedarkan.. aku g cari adik aku yg duk shopping sowang2. call x dpt. sib baik nmpk dia. g la tolong2 dia membeli dan membelah. heheh.. adik lelaki aku yg tunggu kt bawah tensen last2 naik cari kami suruh cepat. dia nk balik. aku pn nk balik sbnrnye. tp x sampai hati nk spoilkan mood shopping adik aku tu. Tp ape pn yg penting.. aku syg sgt kt adik2 aku. yg bongsu ni senang nk wak cerita, bergurau n mengadu. kne usik dek aku pn dia la jugak. Adik lelaki aku ni nmpk je cam 'senget' skit. tp hati dia baik n rajin. jarang la ble suruh dia x buat. dia jugak la yang aku harapkan untuk tgk2kn mak n ayah ble aku dh kawen nnt. Bab tu aku cme percaya kt dia je. sbb dia plg bertanggungjawab.

p/s: ble tgk org bahagia.. kita patutnya tumpang bahagia, bukan merosakkan kebahagiaan tu. Faham!!!!

Sunday, July 26, 2009

Kebenaran yang menyakitkan..

2 comments

Sbg manusia, mesti semua org pernah rs gembira, sedih, kecewa, marah n etc. kadang2 ade je bende2 yang datang mengganggu. buat kita tension n jiwa kacau. hidup jd x tenteram, moody n macam2 lg. Knpe ek ade segelintir 'makhluk tuhan' ni x reti duk diam. x leh tgk kesenangan n kebahagiaan org lain. Ade je projek 'jahat' dia. the worst thing is klo org tu mmg dh lama kenal kita.



Aku sgt sedih sbnrnye. Cam2 yang jd dlm minggu ni. Tension! Geram! n Marah! tp tahan je. Mgkin dh tepu dah kat dada ni. Aku 'meletup' jugak. yang specialnye.. meletup aku tue.. menangis sepuas hati a.k.a semahu-mahuanya. Tunang tersayang lak jd isau. Maaf ye syg, bukan slh abg. Sian dia. Kt dia la aku mengadu. dialah yang paling sabar n tau camne nk tenangkan aku. i'm very lucky to have him.



aku dh ok skit. tp x sepenuhnya. Kebenaran kadang2 menyakitkan.. klo khabar angin tu betul2 berlaku. Tp Alhamdulillah. segalanya telah terurai dan terungkai. Harap2 semua akan kembali seperti biasa. Malah lebih baik lg. i love my family so much. Sesape yg berani hadapi aku try la usik kuarga aku. Dunia akhirat hidup org tu x kan selamat. Aku tuntut sume nanti klo x kat dunia kt akhirat. aku janji!!!!


P/s: Buat org2 yang terpikir nk wat projek 'jahat' korang, bwk2 la btobat. Klo x naya kt akhirat nnt.

Thursday, July 23, 2009

Khamis yang memenatkan

0 comments
Hari aku miss byk benda. sepatutnya hari ni aku kne g wat HIV test kat klinik tp terlupa lak sbb asyik duk pikir psl interview tu. Tghr td Mr Posto dtg n smpikan surat yg ditunggu2. Aku dapat surat interview tu. Tp x surprise dh la sbb aku dh tau kat mane n ble tarikh interview tu. Mak akan teman aku g kangar untuk interview tu.



Ptg td lps mak blk class, kami g A tu Z. Mak nk bg sumbangan bakul kat sekolah dia. huhu cantik sgt. rs cam x mo bg lak.. heheh.. ayh pn ckap cantik dan upah termasuk harga brg2 tu cme 26 hinggit. murah tu. dh la tu x de terlebih2 brg. kan untung tu.. ni bakul tu.. very nice combination.


Mak tempah 2. Memang superb.. yg tgk pn ckp cantik. Terror x aku pilih color. Heheh.. Tunggu punya tunggu bende ni siap.. sempat la g shopping kat Guardian, Sunway Carnival. Beli ape ye.. aku beli mascara XXL Volume Length,Blusher Flashing Rose n Unstoppable White Eyeliner. Sume barang2 ni dh x de, jd beli yang br. heheheLebihkurang kul 8.30 camtu kami balik ke A tu Z. Tu pun x siap lg. Kne Tggu lg. Kul 9 br siap. huhu. Yey dh bleh balik.

Ms on da way balik, mak ajk makan kt Padang Meha. Aku dh kenyang sbnrnye. tp x pe la teman mak. Sian n x smpi hati tgk mak makan sorg2, aku pn join la. makan sikit. Mak order Tomyam daging, daging masak merah n somtam. huhu sedap giler + pedas. Naik berasap idung2 ni. Tp mmg sedap. Selesai makan dh kul 10.

Sampai umah dh kul 10.30 tp sempat lg duk tayang bakul tu kat ayah. cantik kan? hehehe.. nnt hantaran kawen abg aku nk suruh wat warna ni la.. heheh


P/S: ble la bekas hantarn aku nk siap ek? Camne la agaknye ek.. Nntkan kemunculannye..

Interview GSST

0 comments
Syukur Alhamdulillah.. dpt jugak aku interview tu. Takut tau, kawan2 dh dpt kita lum lg. Rupe2 surat je yg blum sampai. Aku kne hadiri interview kt Bahagian Teknologi Pendidikan Kangar, Perlis pada 4 Ogos 2009.



X paham aku nape aku kne interview jauh nun di sana. 3 jam perjalanan tu.. huhu. Tp ape pn aku tetap bersyukur. Doa2kan la aku berjayakan n dapat posting dekat ngn my future hubby.

Kad Jemputan

0 comments
Ptg td aku, mak n ayah g SP tempah kad. Belek punya belek buku sample tu, akhirnye aku pilih design ni..


Cantik x? huhu.. pilih yg simple2 je n murah. Kene pikir budget. Byk bende lain lg yg nk kne wat n sumenye pakai luit... Untuk kad ni, aku wat tempahan sebanyak 1450 keping utk umah aku n my fiancee dan di tambah lg 500 keping kad jemputan untuk majlis kt umah aku je.. tp x sempat nk snap gmbr td. ayah dok calling2 suruh cepat. Nnt dh siap, akan ku upload kt sini. Sib baik peta dh wat siap2 klo x kne charge RM 8 utk 1 peta. huhu 2 dh RM 16. kedekut tul kan aku ni.. hehe nk kne bjimat.

Ape pn rs lega sgt ble dh tempah kad. Settle 1 hal. Semakin lega sbb semakin kurang keje. K la.. nk tdo dh. Esk nk kemas umah.

Wednesday, July 22, 2009

Beg Kertas Merah Hati

0 comments


Wahhhh... penatnye. Hr ni aku membzkan diriku untuk melipat beg2 kertas ni. Yang pasti speed dh makin slow x cam semalam. semalam leh abskn 17 pack. tp hr ni cme 10 ke 11 tah.. camtu la. Tp rasa puas ati sgt sbb beg kertas tu sgt cantik. I love it's color. Cun tau.. kne ngn tema weddingku. br siap lebih separuh..


ni lagi separuh... byk lg kan? ni la keje aku sambil2 tgk tv. Smlm 17 pack berjaya dilipat. tp hari ni speed dh slow dpt wat lebih kurang 10 pack je. tp x pe, x susahkn org, sedara mara @pn tetangga. wat awl2. InsyaAllah esk ke lusa abis la tu. segan nk susahkn org len. this is my wedding, so kne la wat preparation sendiri br puas hati. esk kne lipat lg.. chaiyok!!!Ni la bagi yang tinggal.
Ptg td aku sibuk wat peta sbb mak nk g wat kad jemputan esk. peta umah dh siap, cme umah abg je lum. jd bertungkus lumus la aku menyiapkannye. dh siap, print n tunjuk kt ayh untuk dicheck dlu. sume ok. yey!!! esk g wat kad kawen... kad camne ek? tunggguuu....tp yg pasti, biasa2 je. x nk membazir. yg murah sudey. ni la map umah abg n rumah ku.. cantik x?


saje je wat lawa2 nk mudahkan org kedai tu. lg pulak rs puas hati sgt ble dh tgk hasilnye.. leh bukak bisnes kad kawen nih.. hehe..



P/S: dh ngantuk la. nk tdo. esk kita citer pasal kad kawen lak k... nite..

Monday, July 20, 2009

Belajar Ilmu IKHLAS

0 comments
"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


P/S: Ikhlas perlu disertakan dalam setiap perkara yang kita lakukan termasuklah berkawan dan berteman. Semoga ikatan yang terjalin diredhai dan diberkati. Amin.

Sunday, July 19, 2009

Sayang boleh dipupuk..

0 comments

Ble tgk pic ni ape yg korang pikir? cube teka2x.. sume mesti leh tekakan... yup lately my fiancee quite bz with his work. Hurm.. tpkan dia ttp call jugak.. thanks celcom sbb wat pakej 5+1 tu.. hehe menguntungkan.. cakap byk byr sikit.

Kami bermula sbg kawan je. Tapi bila dh jd tunangan sidia.. rs sayang sgt kt dia. Npe ek? Nk tau x?

Ok ni jawapannye...

Rs sayang leh timbul apabila 2 org atau lebih saling berhubung rapat. Tu baru sayang je tu. Part yang paling best ni.. jeng! jeng! jeng! bila kita rapat ngn seseorg, kita selalu berhubungan ngn dia. Berkongsi apa saja. Secara perlahan2 kita akan mengambil berat pada dia n perasaan syg yg sedia ada berubah menjadi perasaan yg istimewa. Contohnya cam, rs sunyi or kosong je ble x dengar citer dr dia.. @pn rs rindu je kt dia walhal br je bpe saat td borak ngn dia.. cepatkan rindu tu dtg.. isk3x. Yang plg sahih membuktikan perasaan sayang tu istimewa ke x.. ble dia sakit or kita x leh contact dia.. rs gelisah, susah hati n gelabah.. wat ape pn x kene.. tu sayang dh lain la tu.. dh compem la anda jatuh hati...




bagi sesiapa yang tercari2 insan istimewa tu.. jgn terlalu cerewet dan memilih. Kadang2 dia dah mmg ade depan mata. Mmg caring pasal kita.. tp kita bg alasan x de feel kt dia.. tp bila dia amk berat, ble dia call suka la plak..anda suka dia tp anda membataskan diri anda untuk menerima dia.. apa salahnye belajar mengenali org lain.. nikmati kasih sayang yang diberikan.. insyaAllah anda akan sedar bahawa anda pn syg kt dia.. syg tu kan leh dipupuk..

Camtu jugak la sy dan tunang sy. Kami menyedari hakikat bahawa kami saling menyayangi dan memerlukan. Jd, tepat la keputusan kitorg utk membina masjid. Couple or tunang lama2 pn x de makna tnpa ikatan yang sah.

Telah kutemu Mr Rightku.. anda sudah?

My Mr Right



Tgh rindooo nih...

Preparation Kawen

0 comments
Jumaat lepas, setelah emak selesai sesi soal menjawab SPMnye, kami bergerak ke Seberang Jaya. Wat ape ek kt Seberang Jaya? Kami ke sana dengan satu tujuan.. jeng! jeng! jeng!.. wat suspen je (pnjam trade mark Kak Mah). Kami nk cari barang2 untuk persiapan perkahwinanku yg bakal berlangsung awl Oktober nanti. Banyak jugak yang dibeli dan harganya murah dan berpatutan.. nk banding ngn Kamdar kt sini lagi berbaloi... promote tu.. hehe.. x dpt apepn...

Asyik duk sane je dr tadi.. kedai yang dimaksudkan adalah A tu Z. Memang murah la. Tp kene jd member dlu. X mahal pn RM10 je untuk seumur hdp. Dlu ms nk btunang dlu tau ade kedai tu, tp x tau jalan... sib baik ade Google Earth. Kt situ la sy crik jalan camne nk ke kedai tu... Cam2 barang ade kt situ. A tu Z bukan saje jual brg2 jahitan n hantaran malah ade jugak wat pakej perkahwinan untuk bakal2 pengantin. Tp pakej dia mahal skit.. tp cantik la. Sape2 yang berkemampuan leh la g sane. Untuk perkahwinanku Oktober ini wedding planner n photographer diimport khas dr Alor Setar. Jauhkan.. tp I like... Sbb kerja2 diorg sgt cantik dan kemas. Harga mmg berpatutan. Nntkan ek Oktober ini.. hehe


Jd, keseluruhannya persiapan dah 60% siap tggl makanan untuk kenduri+ buah tgn utk tetamu, kad kawen n surat kebenaran nikah. Kad kawen next week nk g wat. HIV test pn next week gak. Surat kebenaran nikah awl bln dpn la. Sbb kne tggu bakal suamiku pulang.. heheh..

ni la barang yang sy dh beli....



P/S: buat tunang tersayang.. cepat la balik.. byk lg nk kne wat ni.. hehehe.. x sabar tggu dia
balik semenanjung.. nnt nk makan eskim lagik k...


Nk eskim cam gini.. comel nmpk sedap je..


@



nk yang bertingkat2 ni ade muka comel.. leh kan?

Friday, July 10, 2009

Untukmu RATUKU..

0 comments


I'm the QUEEN OF HIS HEART.. selama-lamanya akan tetap bersama. InsyaAllah

Sempurnanya sebahagian agama...

0 comments

Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. Tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.

Bila terbaca hadis ni, terdetik dalam diri, dh bersediakah aku menjadi seorang isteri? Pernah juga aku tanya kat tunang tersayang kenapa dia pilih aku. Jawapannye... "Tunggulah nanti dah kawen abg bagitau." Tapi yang pasti kerana sayang. Yang tu compem. Tul x, sayang? Ape pn sebabnya aku yakin dialah yang terbaik untukku.. Seorang yang akan memimpin aku dan keluargaku ke arah yang diredhai. Menjadi imam kepada solatku.. itu pn dh cukup untuk aku. Saling ingat mengingatkan supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya. Kerana kita saling memerlukan. Dirimu menyempurnakan sebahagian dari agamaku.. dan menutup fitnah wanitaku. Dan diriku melengkapkan sebahagian agamamu. Aku ingin menjadi yang terbaik buatmu...InsyaAllah aku yakin dirimu memiliki kualiti2 itew.

Wednesday, July 8, 2009

Jika aku jatuh hati

0 comments

ini lah inginku... kita bertemu dan berpisah kerana Allah.

Pesanan ibu..

0 comments
Sepanjang perjalanan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang terletak di Alor Setar, byk la mak pesan sebelum nak jadi wife kepada tunang yang tersayang. Banyaklah pesanan2 yang diberikan berdasarkan pengalaman sebagai ibu dan juga isteri. Muah! Sayang mak! Banyak jugak buku dibaca untuk mempersiapkan diri ke alam perkahwinan. Nak, x nak, kne ready utk menerima dan memberi dengan sepenuh hati.

Bak kata mak, kawen ni untuk ibadah n sambung generasi. Mak harap keluarga yang bakal dibina ni akan sentiasa meletakkan agama sebagai landasan. InsyaAllah kami dah tetapkan halatuju kami. Thanks mak, angah akan ingat sume. Hehe.. leh le bagi petua or tips2 umahtangga yang lain.

P/S: Bersyukur sangat jumpe lelaki yang memahami n nk bersama2 merealisasikan impian hdp. Thanks sayang (credit to my mom n my fiancee)

Selembar Bulu Mata

0 comments
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."




Astagfirullah...


Tuesday, July 7, 2009

Di hari pertunanganku...

0 comments
Pada tanggal 6 Jun 2009 yang lalu, berlangsunglah sebuah majlis pertunangan antara aku dan juga insan tersayang. Sape ek insan tersayang tu? Yang tu rahsia. Akan diberitahu kelak secara besar-besaran dan terang-terangan. InsyaAllah majlis pernikahan kami bakal menyusul oktober nanti.



Dh siap.. berdebar2


Upacara menyarung cincin

selamat menjadi tunangan kepada si dia...