Followers

Friday, July 10, 2009

Sempurnanya sebahagian agama...


Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. Tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.

Bila terbaca hadis ni, terdetik dalam diri, dh bersediakah aku menjadi seorang isteri? Pernah juga aku tanya kat tunang tersayang kenapa dia pilih aku. Jawapannye... "Tunggulah nanti dah kawen abg bagitau." Tapi yang pasti kerana sayang. Yang tu compem. Tul x, sayang? Ape pn sebabnya aku yakin dialah yang terbaik untukku.. Seorang yang akan memimpin aku dan keluargaku ke arah yang diredhai. Menjadi imam kepada solatku.. itu pn dh cukup untuk aku. Saling ingat mengingatkan supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya. Kerana kita saling memerlukan. Dirimu menyempurnakan sebahagian dari agamaku.. dan menutup fitnah wanitaku. Dan diriku melengkapkan sebahagian agamamu. Aku ingin menjadi yang terbaik buatmu...InsyaAllah aku yakin dirimu memiliki kualiti2 itew.

0 comments: