Followers

Saturday, February 27, 2010

~ C. I. N. T. A ~



semua org sukakan CINTA. andai kita tahu yang rasa CINTA itu pinjaman semata. Allah memberi CINTA kerana kasih-Nya pada hamba. CINTA dan KASIH merupakan salah satu sifat Allah. Allah pinjamkan kepada manusia agar manusia bersyukur dan bahagia... tapi kenapa ada yang berduka kerana CINTA?

sebab sebagai manusia kita x kenal ape sebenarnya CINTA. tp yakinlah satu saat dan ketika anda pasti akan merasai kemanisan dan kebahagian dalam CINTA. bla difikirkan duka kerana CINTA terjadi kerana konsep CINTA itu salah matlamatnya.. tersimpang jauh dari asal usul kejadiaannya. kerana kita tidak memberi pada yang HAK. Pastikan matlamat CINTA anda.. lihat bagaimana anda memelihara CINTA anda dan untuk siapa CINTA anda... pasti anda akan merasai nikmatnya CINTA.

bercakap tentang CINTA.. ya, aku pernah bercinta. Tp aku jenis yang setia.. bercintanye lama, tp bukan jodohku dan dia... kemudian bercinta lg, sama juga. CINTAnya beracun hampir saja membunuh kehidupanku... beberapa thn aku ketandusan CINTA kerana padaku ketika itu CINTA padaku hanya lelaki dan wanita... namun KASIH dan CINTA Allah merangkumi segenap sudut alam.. aku merasai CINTA-Nya. jd aku tinggalkan CINTA manusia seketika. ingin mencari ketenangan dan memantapkan semula kerohanianku yang selama ini kelaparan dan dahaga.. tidak kuberi makan dan minum.. kejamnya diriku, bagaimana aku mencintai insan lain sedangkan aku tidak menyayangi diriku.. beberapa tahun itu juga aku berCINTA dengn diriku, dengan agamaku.. kerohanian itu aku jaga dan belai sebaiknya...

Alhamdulillah setelah sekian lama, mungkin Allah menyatakan telah tiba waktunya.. CINTA sesama insan kembali dlm hidupku... tp tidak seperti dlu.. 'dia' melamar aku sebagai 'suri hati'nya. jawapanku juga tidak seperti dlu. lantas jawapan yang diberi hanya memohon padanya agar berdoa. andai ada jodoh antara kita, insyaAllah pasti dipermudahkan-Nya. kerana aku tidak punya jawapan, jika aku katakan ya.. belum tentu kami bersama... jika aku katakan tidak, mungkin sememangnya dia jodohku yang telah tertulis di LUH MAHFUZ. x perlu bercinta, cukuplah aku menyenanginya.. peribadi dan perwatakannya.

Syukur perkenalan dan sekali pertemuan membawa satu nokhtah yang bermakna. Keikhlasannya jelas terpancar yang 'dia' benar2 ingin menjadikan aku 'teman' hidupnya. kedua keluarga bertemu dan kata sepakat diperoleh. ya, 'dia'lah jodohku.. pemilik tulang rusuk ini. inilah CINTA.. keindahan sepanjang perkenalan itu tiada terselit duka dan aku benar2 yakin inilah CINTA yang Allah janjikan buatku.. Terima Kasih, Ya Allah.. aku bersyukur kerna dia pemilik tulang rusuk ini. Aku bahagia..



jd jgn salahkan CINTA bila kita berduka.. salah kita memupuk dan meyemainya. adakala bukan salah kita tp sebelah pihak lg yang tidak tahu langsung apa itu CINTA dan anda seharusnya bersyukur kerana CINTA itu tidak kesampaian kerana andai retak ditengah jalan saat terbinanya perkahwinan pasti anda lebih merana. yakinlah suatu saat bahawa CINTA anda akan hadir dan dipermudahkan.. kerana Allah hanya memberi HAK itu kepada yang berHAK.

sememangnya sunyi tanpa CINTA. namun bersabarlah, giliran anda pastikan tiba. Jangan bersedih kehilangan CINTA kerana Allah tahu CINTA itu bukan terbaik untuk anda. Maha Agung Tuhanku hanya memberikan yang TERBAIK buat hamba2-Nya.

bersabarlah kepada yang masih menanti.. kepada yang kecewa, bangunlah CINTA itu bukan Hak anda.. berdoalah agar CINTA yang berHAK anda miliki datang ketika saat anda bersedia. pasti anda akan bahagia seperti yang dijanjikan Pencipta.

ingatlah pesanku wahai adik, kakak, abang, sahabat dan taulan...

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"



0 comments: