Followers

Thursday, February 25, 2010

Nikmat Syukur atas kurniaan...

last week, aku bersama dengan suami tercinta.. balik kelantan then ikut hubby g singapore. jauh perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tp aku x rasa penat malah sgt gembira. bila diselidiki rupanya aku gembira sbb abg ade bersama. kemana saja asalkan bersama abg hati jadi riang. celik mata dh leh kiss dahi n pipi abg. kejutkan suami tercinta dr tidurnya. aku terasa bahagia. inilah nikmat berumahtangga. Ada ketenangan seperti yang Allah janjikan. rasa dicintai dan mencintai menjadi satu nikmat dan zat dalam kehidupan kini. ya masih jauh perjalanan dan masih banyak pengharapan.. namun apa yang aku pelajari sepanjang hampir 5 bulan ini.. kita boleh terus menharap, berusaha dan berdoa.. seandainya belum termakbul jangan la bersedih dan berputus asa.. kerana mungkin satu hari Allah akn penuhi pengharapan itu dengan jalan yang tidak disangka2.. bila tiba saat dan ketika dijanjikan Pencipta pasti pengharapan itu bertukar realiti.. yang penting sekarang hanyalah sabar..

nikmatilah apa yang ada sekarang, yang telah Allah adakn sekarang.. esok masih dalam penantian.. jgn terlalu fikirkan takut panjang pula angan2.. pasti akan tergolong antara org terugi di alam ini. Ya, aku pernah mengeluh kecewa.. lumrah manusia, mengharap keinginannya dipenuhi.. tnpa ku sedari aku hampir condong dr landasan.. mujur punya suami yang penyayang.. menegur dan menyedarkan.. mungkin dia bukan ustaz seperti yang diimpi sebelum ini.. namun aku bangga menjadi isterinya, bangga bersuamikan dia. hari esk tetapkan datang walaupun ada saatnye kita tidak menghendaki, hari semalam telah berlalu, akan tetap pergi walaupun kita mahu mengenggam erat agar tetap disisi. yang pergi akan tetap pergi dan yang bakal datang akan tetap datang. kerana Allah telah merencanakan begitu. yang pasti , aku khuwatiri adakah masih bernafas esok hari untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh dan panjang.setiap yg Allah janjikan untuk hamba-Nya semua telah ditulis.. mungkin masanya belum tiba.. tp yg pasti tetap akan tiba kerana Janji Tuhanku Janji yang pasti.

bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta, setiap hari menjadi hari2 yang indah dan ceria. walaupun suami tiada disisi, dia tetap ada berkongsi cerita.. bergurau senda berskype n webcam segala.. ya, diriku kini bahagia.. menjadi isteri.. setiap saat bersama yang terakam akan ku ulang tayang berulang kali. tak jemu kerana padaku teramat berharga.. kerana ms berjumpa tak lama.. setiap saat bagaikan berlian yang yg sgt tinggi nilaiannya...

sebagai guru.. cuti sekolah selalu dinanti.. kerana saat itu dapat berjumpa dengan kekasih hati. perasaan girang bagaikan anak kecil.. tapi itulah hakikatnya.. kerana aku kini bahagia.. Syukur ya Allah.


bahagia bersama.. insyaAllah selama-lamanya

0 comments: